Sunday, October 16, 2011

Berdiri Bawah?

Mereka Faham Pengakuan Kita
Mereka Kadang-Kadang Lupa Pengakuan Itu
Mereka Bukan Sengaja Mengikut Perasaan
Mereka Hendak Kita Faham Dengan Keadaan Mereka.

Kita Faham Mengapa
Kita Kadang-Kadang Sangsi Dengan Pengakuan Mereka Apabila Mereka Mengikut Perasaan
Kita Tidak Mahu Mereka Lupa Pengakuan Itu
Kita Hendak Menunjukkan Bahawa Pengakuan Itu Sangat Ikhlas Dan Benar.

Manusia Tidak Sempurna.
Jika Kita Sempurna,
Kita Tidak Dipanggil Manusia.
Kita Dipanggil Tuhan.

Berdiri Bawah?
Cari Maksud Tersirat.
Apa Yang Disembah?
Satu Kuasa Yang Maha Kuat.



-Weirdo-

Friday, October 7, 2011

Terima Kasih Cikgu

Kedengaran bunyi jam loceng, ini menandakan masa untuk Malik bangun dari mimpi yang tak seberapa. Bergegas Malik mengambil tuala dan masuk ke bilik air. Malik berasa agak gementar, kerana hari ini merupakan hari pertamanya di sekolah baru.

Selepas Malik bersiap, dia menuruni tangga-tangga usang rumahnya itu dan berjalan menuju ke dapur. Di dapur, kelihatan seorang perempuan tua yang sedang membancuh kopi. "Makanlah, ada nasi goreng di atas meja itu". Malik segera membersihkan tangannya lantas duduk di atas kerusi menghadap nasi yang baru di goreng itu. "Marilah makan bersama mak?". Pelawa Malik kepada emaknya. Orang tua itu hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

Lalu emaknya duduk di sebelah Malik. Mereka berbual-bual kosong. Sesudah Malik menyuap suapan terakhirnya, dia segera membasuh tangan dan terus Menyalam tangan emaknya. "Hati-hati ya". Malik hanya mengangguk. Malik lantas mencapai kunci motorsikalnya dan memakai topi keledar yang berada diatas rak kasut. Lantas Malik keluar dan menghidupkan enjin motorsikalnya. Semenjak ketiadaan bapa, kehidupan mereka dua beranak sangat susah. Emaknya tidak mahu perkara yang sama berlaku pada Malik. Bapanya meninggalkan mereka kerana terlibat dalam satu kemalangan jalanraya, yang juga menggunakan motorsikal.

Dia menunggang motorsikalnya dengan cermat sambil melihat keadaan sekitar. Kelihatan ramai manusia yang sibuk dengan kehidupan masing-masing. Malik hanya mahu menjadi insan yang berjaya dalam hidup. Malik sempat memikirkan masa hadapannya semasa dalam perjalanan ke sekolah. Akhirnya, Malik sampai di Sekolah Menengah Mahmood Shah IV.

Tayar motorsikalnya telah dikunci. Malik beredar daripada tempat letak motorsikal itu. Dia segera masuk ke kelas 5A6. Tiba-tiba, salah seorang daripada murid di dalam kelas itu bangun. "Selamat pagi cikgu". "Selamat pagi, sila duduk." Malik lalu memperkenalkan dirinya dan memberitahu bahawa dia adalah guru praktikal di sekolah itu.

Sedang mereka leka dibawa arus suai kenal, muncul seorang remaja lelaki di hadapan pintu kelas. Dengan keadaan remaja itu yang kusut-masai lagi berbau rokok, dia segera mengorak langkah ke tempat duduknya. Malik lantas menanyakan nama pelajar tersebut. "Shafiq". Jawab pelajar itu dengan ringkas.

Malik tertarik dengan perangai Shafiq. Dia ingin mengetahui latar belakang Shafiq dengan lebih lanjut. Malik meneruskan dengan mata pelajaran sejarahnya. Di dalam riuh-rendah kelas itu, Malik ternampak Shafiq sedang tidur.

Setelah seharian Malik di sekolah itu, jam Malik menunjukkan masa untuk beliau pulang ke rumah. Setibanya Malik di pagar hadapan sekolah. Dia ternampak Shafiq sedang berjalan tanpa arah tuju. Malik menghampirinya dan mempelawa untuk menumpangkan Shafiq dengan motorsikalnya. Pelawaan Malik itu dibalas dengan kata-kata makian daripada Shafiq. Malik tidak berputus asa untuk mengubah pelajar bermasalah ini.

Akhirnya Shafiq mengikut Malik. Malik membawa Shafiq ke kedai makan untuk mengetahui lebih lagi tentang Shafiq. "Kata nak balik?". Shafiq bertanya dengan nada yang tinggi. Malik mematikan enjin motorsikalnya dan masuk ke dalam kedai makan itu. Shafiq hanya mengikut dengan muka bengis. "Nescafe Panas". Malik Memandang Shafiq. "Tak nak!". Kata Shafiq.

Malik memulakan perbicaraannya. "Kamu hisap rokok?". Shafiq mengeluarkan sekotak rokok dan pemetik api dari seluarnya dan meletakkannya di atas meja. "Cikgu agak?".
Malik tersenyum. "Kamu tahu tak apa keburukan rokok?". Shafiq mengeluarkan sebatang rokok dan menyalakannya. "Lebih baik aku mati daripada hidup dalam keluarga tak guna tu". Malik menanya Shafiq tentang keluarga Shafiq. "Engkau apahal? Tak payah nak sibuk nak tahu pasal hidup aku lah. Kau tu cikgu, kau tak tahu apa-apa. Kau pernah ke ada mak yang sibuk dengan Aktiviti Datin-Datin, bapa yang banyak simpan betina?". Malik terdiam.

Malik merampas rokok yang dihisap oleh Shafiq tadi. Dia memadamkannya. "Hoi, kau nak cari gaduh ke?", kata Shafiq. "Shafiq, kamu tahu tak yang cikgu pernah menjadi pelajar seperti kamu? Walaupun keluarga cikgu hidup tak sesenang keluarga kamu, cikgu juga diuji oleh tuhan. Dalam hidup ini, tiada seorang pun yang terlepas dari ujian-Nya". kata Malik sambil mengambil kotak roko dihadapan Shafiq.

Namun, hujah Malik dibalas dengan kata makian daripada Shafiq. Malik tahu yang Shafiq hanyalah mangsa keadaan ibu bapa yang tak bertanggungjawab. Malik menceritakan tentang kisah silamnya sebagai seorang pelajar. Tentang bagaimana dia belajar, bagaimana dia makan. Di hati kecil Shafiq, dia tersentuh mendengar semua itu. Tetapi Shafiq membuat muka tidak ambil kisah.

"Bagilah balik aku punya rokok tu", Shafiq meminta dengan nada biasa. "Bukannya aku mati esok pun, lambat lagi." , kata Shafiq. Malik memberi kotak rokok itu kepada Shafiq. "Shafiq, kita tidak tahu bila kita akan mati. Jadi, kita haruslah sentiasa bersedia dengan melakukan banyak amal ibadat. Mungkin sekarang kita sihat, siapa tahu sebentar lagi kita akan mati? Allah yang merancang, kita yang berusaha." , kata Malik.

Malik bangun dan membayar air yang diminumnya tadi. Shafiq terus berjalan ke arah motorsikal cikgunya. Mereka beredar dari situ. Malik berhenti di lampu isyarat. Tiada seorang diantara mereka bercakap. Sesudah sahaja lampu hijau menyala, Malik mula bergerak perlahan-lahan. Tiba-tiba Shafiq merasakan keadaan sekelilingnya gelap. Dia seperti berada di dunia lain. Khayalannya dikejutkan dengan bunyi yang sangat kuat.

Mereka dilanggar oleh lori kayu balak yang datang dari arah bertentangan. Shafiq masih bingung sambil mencari Malik. Orang ramai yang berada di sekeliling tempat itu segera berlari untuk membantu. Pencarian Shafiq tamat setelah dia ternampak Malik berada di bawah lori kayu balak itu. Shafiq berasa bersalah.

Dengan pantas dia berlari kearah cikgunya. Kepala Malik terpisah dari badannya. Shafiq menangis dan cuba untuk menyedarkan Malik. Siapa yang mampu bernafas lagi jika berada dalam keadaan Malik sekarang. Baju Shafiq dipenuhi dengan darah dan seluarnya koyak sedikit. Shafiq berasa hairan, mengapa dia boleh terselamat dalam kemalangan itu. Jarak antara tempat Shafiq jatuh dengan tempat kemalangan agak jauh.

Shafiq berfikir secara rasional. "Rupanya Allah masih memberi peluang untuk aku bertaubat" , fikir Shafiq. Shafiq tidak sempat meminta maaf kepada Malik. Shafiq sangat bersyukur dan dia sangat menyesal atas perbuatannya selama ini. Dia berasa bersalah terhadap cikgu Malik.

Kedengaran bunyi siren ambulan dari jauh. Orang ramai memberi laluan kepada pihak hospital. Ambulan itu membawa mayat Malik pergi. Shafiq tidak terkata. Akhirnya, seorang pakcik mempelawa Shafiq untuk menghantar Shafiq pulang.

"Itulah satu kenangan yang tidak akan saya lupakan". Shafiq berjaya menjadi cikgu setelah tamat diploma. Dia masih tidak dapat melupakan wajah, kata-kata dan nasihat cikgu Malik. Shafiq berjaya kerana cikgu Malik. Tetapi, seperti ada sesuatu yang belum memuaskan hatinya. "Bangun semua, terima kasih cikgu Shafiq", salah seorang daripada pelajar itu berkata. Shafiq terfikir, "Oh ya. Terima kasih, cikgu."




-Weirdo-

Monday, October 3, 2011

Apple Merah

Perasaan Ganjil Itu Lebih Bermakna Dari Apple Merah.
Perasaan Ganjil Itu Lebih Berguna Dari Apple Merah.

Perasaan Ganjil Itu Tidak Lengkap Tanpa Mereka.
Perasaan Ganjil Itu Masih Tidak Lenyap Dari Minda.

Apple Merah Itu Tidak Dapat Dibandingkan Dengan Perasaan Ganjil Itu.
Apple Merah Itu Bukan Setakat Untuk Digunakan Semasa Buntu.

Ingat Lah Aku,
Ingat Lah Apple Itu,
Rasa Lah Perasaan Ganjil Itu,
Baru Kita Sama-Sama Tahu.

Sekali Rasa,
Jangan Lepaskan,
Sekali Cuba,
Jaga Dengan Sempurna.

Perasaan Ganjil Itu,
Lebih Bermakna Dari Segalanya.



-Weirdo-

Monday, September 26, 2011

Lintasan Jalan Kaki

Kelihatan Seekor Beruk Melintas Jalan Tanpa Menggunakan Lintasan Jalan Kaki.

Kaw Gum Pawng Memerhatikan Kebuduhan Beruk Tersebut.
Lalu Beliau Menanyakan Beruk Tersebut Satu Soalan Maut.

Kaw Gum Pawng : Encik Beruk, Mengapakah Encik Tidak Menggunakan Lintasan Pejalan Kaki Semasa Hendak Menyeberangi Jalan?

Beruk : Eh, Kami Persatuan Binatang-Binatang Buduh Dilarang Sama Sekali Menggunakan Itu.

Kaw Gum Pawng : Eh? Mengapa Pula? Bukankah Itu Undang-Undang Jalan Raya?

Beruk : Manusia Semua Buduh. Dari Yang Mencipta Lintasan Itu, Sampai Lah Yang Menggunakan Lintasan Itu. Semua Buduh.

Kaw Gum Pawng : Kurma Punya Beruk. Mengapakah?

Beruk : Yelah, Aku Dan Kawan-Kawan Aku Yang Lain Semua Lagi Pandai Dari Manusia.

Kaw Gum Pawng : Ni Yang Mak Aku Cakap Ni, Jangan Berbudi-Bahasa Sangat Dengan Beruk. Cakap La Apahal!

Beruk : Ish, Kebuduhan Manusia Ni Makin Teruk. Dah La Negara Kita Ni Malaysia. Mana Ada Zebra. Lepas Tu, Pergi Buat Lintasan Zebra Tu Kenapa? Nak Kena Tendang Dengan Encik Zebra, Cubalah Lintas Dekat Lintasan Dia. Paling Minimum Pun Koma.

Kaw Gum Pawng : Mujurlah Cikgu Aku Suruh Aku Bunuh Diri. Aku Ni Bengap Rupanya. Menyesal Layan Beruk Ni.

Beruk : Dah Kata Dah. Buduh.


-Weirdo-

Monday, September 19, 2011

Magnet Kutub Kearah Yang Berlainan

Manusia,
Ya, Manusia Punya Perasaan.
Hambanya,
Punya Sedikit Sahaja Perbezaan.

Mereka Yang Membenci Tidak Boleh Diubah.
Mereka Yang Memuji Masih Memapah.
Kita Yang Mendengar Bukan Meminta,
Kita Yang Menanggung Siapa Yang Rasa.

Soalan Itu Dianggap Bodoh Kerana Ia Sudah Tersedia Dengan Jawaban.
Buka, Kunyah, Telan.
Takkan Benda Remeh Begitu Pun Perlu Tunjuk Ajar?
Kenapa, Tak Percaya?

Kau Berada Di Kawasan Bebas Perasaan.
Luahkan Apa Yang kau Rasa.
Disini, Cakap Dahulu Baru Fikir Tentang Beruk-Beruk Yang Akan Melompat-Lompat.
Apa Yang Diluah, Sendiri Yang Rasa.
Mungkin Ada Yang Memerhati Turut Merasa.

Ini Cara Aku,
Bermetafora Cara Baru,
Kau Tak Perlu Faham,
Sebab Kita Semua Laluinya.



-Weirdo-

Monday, July 18, 2011

Rancangan Kehidupan Kematian

Semua Yang Hidup Akan Mati
Semua Yang Mati Takkan Hidup
Dimanakah Keadilan?
Perlu Ke Keadilan Jika Semua Sama?


Mereka Mengejar Dunia
Mereka Tidak Sedar
Mereka Disedari Oleh Kami
Hanya Kami Mampu Mengubah Mereka


Mereka Sendiri Tidak Tahu
Adakah Mereka Sudah Diberi Rancangan baru?
Kami Mahu Mengubah Mereka Kerana Kami Tidak Mahu Mereka Terus Dibawa Arus
Sekarang Mereka Sudah Menyedari
Betapa Pentingnya Kami Kepada Mereka


Mereka Dan Kami Berkongsi Nyawa
Separuh Kami Adalah Mereka
Separuh Mereka Adalah Kami
Hanya Yang Esa Mampu Mengubah Semua




-Weirdo-

Thursday, June 30, 2011

Puisi Sang Beruang Ingin Menjadi Harimau

Sunguh Berbunga Ayat Sang Beruang.
Rasa Seperti Hati Terbuang.
Bukan Mereka Taknak Berjuang.
Tapi Perangai Tu Boleh Lagi Gampang?


Cuba Untuk Menjaga Hati.
Sebenarnya Takut Di Maki.
Bukannya Mati.
Tau Lebih Banyak Benda Dari Kami.


Ini Bukan Pantun Nasihat.
Ini Puisi Mengukutuk Si Lebat.
Kalau Ada Dosa Terpahat.
Sampai Mampus Aku Tak Berniat Jahat.







-Weirdo-

Monday, June 27, 2011

Gadis Berkebaya Merah

Gadis Berkebaya Merah.
Tak Pernah Terfikir Yang Aku Akan Bersua Dengannya.
Siapa Sangka Kami Berjumpa Dan Berhubung?
Takdir.


Dia Seperti Mereka Yang Turun Dari Kayangan.
Mereka Yang Tidak Mengenali Erti Dunia.
Keindahan Alam Membutakan Mata Mereka.
Indah Yang Tidak Ada Makna.


Gadis Berkebaya Merah.
Nama Yang Sangat Sesuai Dengan Rupa.
Berambut Ikal Dengan Perasaan Serba Salah.
Sharnaz.


Sharnaz.
Nama Yang Sampai Sekarang Aku Takkan Lupa.
Dia Berada Di Mana-Mana.
Bukan Setakat Di Dalam Imaginasi.


Merenung Mentari Jahanam.
Sambil Memegang Harapan.
Suatu Hari Nanti.
Kembalinya Sharnaz.
Gadis Berkebaya Merah.



"Itu Lah Kata-Kata Terakhir Lembu Pak Hamid Sebelum Di Sembelih. Panjang Pula Kata-Kata Beliau."





-Weirdo-

Tuesday, June 21, 2011

Medan Perasaan

Kita Akan Rasa Dahaga Jika Kita Tidak Percaya Pada Air.
Kita Tidak Akan Rasa Kenyang Jika Kita Tidak Percaya Pada Benda Yang Diberi Nama Makanan.


Kita Membuat Sesuatu Benda Dengan Jiwa.
Bukan Dengan Tangan Atau Kaki.
Ketika Aku Diam.
Aku Berfikir.


Tak Cukup Lagi Metafora Ini?




-Weirdo-

Monday, June 20, 2011

Kisah Yahya Boleh

Yahya Boleh. Nama Mengikut IC Ahmad Yahya Bin Nur Boleh. Pelajar Tingkatan 6. Seorang Pelajar Yang Tiada Bayang-Bayang A Didalam SPM Beliau. Dan Kini Sedang Giat Menjalinkan Hubungan Dengan Salah Seorang Gadis Malang Di Sekolahnya.


Suatu Hari, Yahya Boleh Sedang Belajar Mata Pelajaran Sejarah Di Dalam Kelas Yahya Boleh.
Lalu Yahya Boleh Berasa Bosan Dengan Apa Yang Diajar Oleh Cikgu Yahya Boleh.
Yahya Boleh Memulakan Suatu Perbualan Yang Membolehkan Yahya Boleh Berkomunikasi Dan Berdebat Dengan Semua Orang Di Dalam Kelas.


Yahya Boleh : Cikgu, Macam Mane Kite Nak Belajar?

Cikgu Yahya Boleh : Ye Yahya Boleh? Ohh, Senang. Kamu Tumpukan Perhatian Di Dalam Kelas. Dan Fahamkan Apa Yang Ada Di Dalam Buku. Ni Buku Pun Takda Ni Yahya Boleh? Ohh, Yahya Boleh Sekarang Dengarnya Sudah Ade Hubungan Dengan Awek Yahya Boleh? Betulkah?

Yahya Boleh : Yap, Kenape Lak?

Cikgu Yahya Boleh : Well, Macam Mane Nak Focus Kalau Yahya Boleh Buka Buku Tu, Bukan Nampak Fakta. Nampak Muke Orang Kan?

Yahya Boleh : Ehh, Mane Ade Cikgu.

Cikgu Yahya Boleh : Jangan Nak Tipu. Kat Rumah Awak Tak Dapat Nak Baca Buku Sebab Tu Kan? Percayalah, Cikgu Dah Lalui Semuanya.

Yahya Boleh : Cikgu, Bukankah Tugas Seorang Guru Adalah Untuk Mendidik? Bukan Menipu Atau Menfitnah Kan?

Cikgu Yahya Boleh : Ye Lah. Kamu Yang Nak Tipu Saya Dulu Kan?

Yahya Boleh : Nampak Sangat Cikgu Tipu. Sebab Saya Bukannya Buka Buku Pun Kat Kelas Nih. Apetah Lagi Kat Rumah. Memang Harapan.

Cikgu Yahya Boleh : Ohh, Lupa Yang Kamu Bodoh.

Kawan Yahya Boleh : SETEPEKK!

Yahya Boleh : Actually, Kenapa Korang Bace Post Ni? Kan Aku Dah Kata Jangan Baca. Sebab Ia Sangat Tak Klaka.





-Weirdo-

Wednesday, June 15, 2011

Setengah

Setengah
Sedetik
Setengah
Sedetik


Dunia Yang Penuh Dengan Masalah
Dari Pelbagai Dimensi
Dunia Yang Penuh Dengan Kecelakaan Hidup
Yang Ditanggung Oleh Semua Manusia


Jika Kita Tidak Mengacau
Tiada Siapa Yang Akan Kacau Kita
Jika Kita Tidak Buat Masalah
Mereka Tidak Akan Bagi Masalah


Separuh Kita
Separuh Mereka
Setengah Kau
Setengah Aku


Sama.

Saturday, June 11, 2011

Unifi

Di Tengah Hari Yang Terik.
Kelihatan Jamal Berjalan Di Kaki Lima Sambil Menjilat Ice-Cream Cornneckto Yang Baru Dibelinya Tadi Di Kedai Ah Yeng.
Jamal Meneruskan Perjalanannya Ke Rumah Kerana Jamal Sudah Tidak Tahan Dengan Haba Si Durjana Mentari.
Jamal Mencapai Alat Kawalan Jauh Penghawa Dingin Beliau.
Jamal Memicit-Micit Butang On.
Malangnya Jamal Lupa Untuk Membayar Bill Api Selama 6 Bulan.


Jamal Tidak Dapat Bertahan Lagi. Dengan Tiadanya Televisyen, Internet, Penghawa Dingin, Komik Naruto Edisi Khas Dan Juga Kucing Jamal Yang Bernama Kiah.
Otak Jamal Tiba-Tiba Teransang Dengan Satu Idea.
Jamal Membawa Laptopnya Ke Rumah Jiran Jamal.
Kerana Rumah Jiran Jamal Punya Internet Laju.
Jiran Jamal Mempelawa Jamal Untuk Masuk.


Setelah 5 Jam Jamal Beronggeng Di Rumah Jiran Jamal.
Jamal Terasa Sangat Berpuas Hati Dengan Kelajuan Internet Rumah Jiran Jamal.
Jamal Lantas Bertanya Kepada Jiran Jamal.


Jamal : Laju Gile, Ko Pakai Ape Ni?

Jiran Jamal : Unifi. Yang Paling Laju Aku Boleh Bagi. (Sambil Membuka Baju Beliau. *kerana terlalu panas)

Jamal : Uihh, Jangan La Tunjuk Body. Baju Tadi Smart. Ramai Kan Yang Dah Pakai Unifi Sekarang? Eishh, Tak Setanding Aku Dengan Korang Semua. Lepas Ni Aku Tak Nak Pakai Apa Apa Lah. Malu Siot.

Jiran Jamal : Lahh, Rilex Laa. Habis Sekarang Ni Ko Pakai Ape?

Jamal : Baju Dengan Seluar Bundle Je.

Jiran Jamal Berfikir Sebentar.


...............................................



Lalu Jamal Di Belasah Oleh Jiran Jamal.

Jamal : Mane La Aku Tau Yang Unifi Tu Internet. Ingatkan Jenama Baju Macam Uniqlo Ke Ape Ke.

Jiran Jamal : Patutlah Kau Ni Menganggur.






-Weirdo-

Sunday, May 29, 2011

Suraya

Aku Tak Sangka Yang Aku Akan Berjumpa Dan Berkenalan Dengan Kau.
Pertama Kali Aku Jumpa Kau.
Aku Tegur Sikit, Kau Dah Buat Palat.
Sekarang Baru Nak Bergaul Dengan Aku?
Takpa, Aku Anggap Kau Takda Kawan Je.
Aku Ni Kan Madu.


Aku Tak Sangka Yang Aku Akan Terjatuh Dengan Aura Kau.
Kau Yang Banyak Memeningkan Kepala Aku,
Kau Juga Lah Yang Selalu Aku Cari.
Aku Suka Kau.
Perkataan Yang Senang Untuk Diungkap.
Tetapi, Jika Kita Benar Benar Menyukai Seseorang.
Perkataan Itulah Yang Paling Sukar Untuk Diungkap.


Aku Tak Sangka Yang Kita Bertahan Sampai Sekarang.
Aku Rasa Yang Kita Sudah Tak Serasi.
Tak Lama Lagi, Aku Mungkin Akan Pergi Meninggalkan Kau.
Jadi, Aku Akan Gunakan Masa Yang Ada Ini Untuk Bersama Kau.
Jangan Lah Kau Kecil Hati Nanti.
Aku Tahu Kau Banyak Lagi Orang Lain Yang Boleh Memberi Sesuatu Kepada Kau.


Aku Tak Sangka Yang Masanya Sudah Sampai.
Aku Terpaksa Meninggalkan Kau Untuk Selamanya.
Maaf Kan Aku.
Aku Harus Teruskan Hidup.
Aku Tidak Mahu Meniggalkan Orang-Orang Yang Berada Di Sekeliling Aku.
Lagi-Lagi Orang Yang Aku Masih Tidak Terlintas Di Hati Untuk Tinggalkannya.


Aku Tak Sangka Yang Kau Faham Keadaan Aku.
Suraya.






Pesanan Ringkas: Cerita Ni Bukan Untuk Kau. So, Jangan Nak Terasa.






-Weirdo-

Monday, March 28, 2011

Power Root Livita Red Bull

Malam Yang Kejam,
Ia Mebiarkan Aku Seronok Dalam Kesakitan,
Sakit Yang Tidak Sakit,
Sakit Yang Pedih,
Kau Tau Apa?

Kalau Kau Ingat Aku Tulis Pasal Hati,
Mimpi Adalah Tempat Yang Sepatutnya Kau Lepak.
Aku Mengesploitkan Benda Yang Kau Tak Faham,
Tapi Kau Cuba Memahami Benda Yang Kau Tak Faham,
Kau Angguk Faham Bila Sememangnya Kau Tidak Faham.

Usaha Kita Untuk Memahami Sesuatu Benda,
Memerlukan Pengukuhan Dari Aspek Dimensi Berbeza,
Pandangan Tidak Semestinya Setempat,
Hati Tidak Semestinya Betul.

Sekarang Faham Apa Yang Kau Tak Faham?
Aku Faham Apa Yang Kau Tidak Faham,
Kefahaman Manusia Terbatas Jika Ada Yang Tersembunyi,
Jika Kau Tidak Faham,
Jangan Teruskan,
Kerana Bak Kata Aloy Paradoks,
Antara Kau Faham Atau Kau Tido.









-Weirdo-

Wednesday, February 2, 2011

CNY

Kebelakangan Nih, Banyak Cerita Pasal Pelajar2 kat Egypt.
Aku Takdelah Ambik Kesah Sangat.

Hari Ni, Bile Aku Online Facebook Jeh.
Aku Nampak Ade Orang Tulis Kat Status.
"HAPPY CNY".
Wahh, Aku Tengok Kalendar.
Wahh, Aku Pon Join Lah menaip CNY Kat Merata Tempat.
Bile Orang Balas , Aku Pelik.
Bodoh Punye Orang. Tak Tau membuat Ayat Ke Ape.
Ade Ke Patut. Hish, Tak Patut, Tak Patut.

Die Maki Aku Pulak. Teruk Lah Remaja Zaman Sekarang Nih, Kuno Sangat.
Aku Bengang Lah, Aku Balas, "KUNO!"
Pastu Die Balas , Sape Yang Kuno Bro?
Haish Die Nih, Dah Macam Cleverbot Dah.
Aku Balas, "Ko lah. Main Maki2 Orang."
Pastu Die Balas , "Cube Ko Google Dulu CNY Tu Ape, Aku Tak Sarankan Ko Tanye Orang Lah. Takot Ko Malu."
Eleh Mamat Nih, Belagak Seyh.
Aku Pon Straight Tanye Orang.

Ouh Patutlah, Aku Tulis Kat Wall Budak Tuh, " PENAH TENGOK CNY TAK? "
Cehh,






Mati2 Gua Ingat Yang CNY Tu Channel TV Macam CNN Ke Ape Ke.
Buat Malu Jeh.
Ye Lah, Aku Kan















-Weirdo-

Monday, January 17, 2011

Aku Sayang Kau

Kebelakangan Ni,
Aku sering Memandang Rendah Kepada Engkau,
Siapa Yang Tahu,
Jodoh Ada Di Mana-Mana,
Aku Ingin Meminta Maaf,
Dua Hari Yang Lepas Aku Telah Mengutuk Engkau,
Aku Ingatkan Kita Tak Akan Bersama,
Rupanya Kita Ada Jodoh.

Aku Kutuk Kau Buruk,
Tak Cantik,
Tak Lawa,
Busuk,
Rosak.

Rupanya Aku Silap,
Engkau Lah Yang Telah Menjadikan Aku Berjaya,
Don't Judge The Book By Its Cover.

Wahai Motor Yang Bernombor 8.
Terima Kasih Kerana Tak Buat Hal.



Kau Memang









-Weirdo-