Monday, September 19, 2011

Magnet Kutub Kearah Yang Berlainan

Manusia,
Ya, Manusia Punya Perasaan.
Hambanya,
Punya Sedikit Sahaja Perbezaan.

Mereka Yang Membenci Tidak Boleh Diubah.
Mereka Yang Memuji Masih Memapah.
Kita Yang Mendengar Bukan Meminta,
Kita Yang Menanggung Siapa Yang Rasa.

Soalan Itu Dianggap Bodoh Kerana Ia Sudah Tersedia Dengan Jawaban.
Buka, Kunyah, Telan.
Takkan Benda Remeh Begitu Pun Perlu Tunjuk Ajar?
Kenapa, Tak Percaya?

Kau Berada Di Kawasan Bebas Perasaan.
Luahkan Apa Yang kau Rasa.
Disini, Cakap Dahulu Baru Fikir Tentang Beruk-Beruk Yang Akan Melompat-Lompat.
Apa Yang Diluah, Sendiri Yang Rasa.
Mungkin Ada Yang Memerhati Turut Merasa.

Ini Cara Aku,
Bermetafora Cara Baru,
Kau Tak Perlu Faham,
Sebab Kita Semua Laluinya.



-Weirdo-

No comments:

Post a Comment