Sunday, October 16, 2011

Berdiri Bawah?

Mereka Faham Pengakuan Kita
Mereka Kadang-Kadang Lupa Pengakuan Itu
Mereka Bukan Sengaja Mengikut Perasaan
Mereka Hendak Kita Faham Dengan Keadaan Mereka.

Kita Faham Mengapa
Kita Kadang-Kadang Sangsi Dengan Pengakuan Mereka Apabila Mereka Mengikut Perasaan
Kita Tidak Mahu Mereka Lupa Pengakuan Itu
Kita Hendak Menunjukkan Bahawa Pengakuan Itu Sangat Ikhlas Dan Benar.

Manusia Tidak Sempurna.
Jika Kita Sempurna,
Kita Tidak Dipanggil Manusia.
Kita Dipanggil Tuhan.

Berdiri Bawah?
Cari Maksud Tersirat.
Apa Yang Disembah?
Satu Kuasa Yang Maha Kuat.



-Weirdo-

Friday, October 7, 2011

Terima Kasih Cikgu

Kedengaran bunyi jam loceng, ini menandakan masa untuk Malik bangun dari mimpi yang tak seberapa. Bergegas Malik mengambil tuala dan masuk ke bilik air. Malik berasa agak gementar, kerana hari ini merupakan hari pertamanya di sekolah baru.

Selepas Malik bersiap, dia menuruni tangga-tangga usang rumahnya itu dan berjalan menuju ke dapur. Di dapur, kelihatan seorang perempuan tua yang sedang membancuh kopi. "Makanlah, ada nasi goreng di atas meja itu". Malik segera membersihkan tangannya lantas duduk di atas kerusi menghadap nasi yang baru di goreng itu. "Marilah makan bersama mak?". Pelawa Malik kepada emaknya. Orang tua itu hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

Lalu emaknya duduk di sebelah Malik. Mereka berbual-bual kosong. Sesudah Malik menyuap suapan terakhirnya, dia segera membasuh tangan dan terus Menyalam tangan emaknya. "Hati-hati ya". Malik hanya mengangguk. Malik lantas mencapai kunci motorsikalnya dan memakai topi keledar yang berada diatas rak kasut. Lantas Malik keluar dan menghidupkan enjin motorsikalnya. Semenjak ketiadaan bapa, kehidupan mereka dua beranak sangat susah. Emaknya tidak mahu perkara yang sama berlaku pada Malik. Bapanya meninggalkan mereka kerana terlibat dalam satu kemalangan jalanraya, yang juga menggunakan motorsikal.

Dia menunggang motorsikalnya dengan cermat sambil melihat keadaan sekitar. Kelihatan ramai manusia yang sibuk dengan kehidupan masing-masing. Malik hanya mahu menjadi insan yang berjaya dalam hidup. Malik sempat memikirkan masa hadapannya semasa dalam perjalanan ke sekolah. Akhirnya, Malik sampai di Sekolah Menengah Mahmood Shah IV.

Tayar motorsikalnya telah dikunci. Malik beredar daripada tempat letak motorsikal itu. Dia segera masuk ke kelas 5A6. Tiba-tiba, salah seorang daripada murid di dalam kelas itu bangun. "Selamat pagi cikgu". "Selamat pagi, sila duduk." Malik lalu memperkenalkan dirinya dan memberitahu bahawa dia adalah guru praktikal di sekolah itu.

Sedang mereka leka dibawa arus suai kenal, muncul seorang remaja lelaki di hadapan pintu kelas. Dengan keadaan remaja itu yang kusut-masai lagi berbau rokok, dia segera mengorak langkah ke tempat duduknya. Malik lantas menanyakan nama pelajar tersebut. "Shafiq". Jawab pelajar itu dengan ringkas.

Malik tertarik dengan perangai Shafiq. Dia ingin mengetahui latar belakang Shafiq dengan lebih lanjut. Malik meneruskan dengan mata pelajaran sejarahnya. Di dalam riuh-rendah kelas itu, Malik ternampak Shafiq sedang tidur.

Setelah seharian Malik di sekolah itu, jam Malik menunjukkan masa untuk beliau pulang ke rumah. Setibanya Malik di pagar hadapan sekolah. Dia ternampak Shafiq sedang berjalan tanpa arah tuju. Malik menghampirinya dan mempelawa untuk menumpangkan Shafiq dengan motorsikalnya. Pelawaan Malik itu dibalas dengan kata-kata makian daripada Shafiq. Malik tidak berputus asa untuk mengubah pelajar bermasalah ini.

Akhirnya Shafiq mengikut Malik. Malik membawa Shafiq ke kedai makan untuk mengetahui lebih lagi tentang Shafiq. "Kata nak balik?". Shafiq bertanya dengan nada yang tinggi. Malik mematikan enjin motorsikalnya dan masuk ke dalam kedai makan itu. Shafiq hanya mengikut dengan muka bengis. "Nescafe Panas". Malik Memandang Shafiq. "Tak nak!". Kata Shafiq.

Malik memulakan perbicaraannya. "Kamu hisap rokok?". Shafiq mengeluarkan sekotak rokok dan pemetik api dari seluarnya dan meletakkannya di atas meja. "Cikgu agak?".
Malik tersenyum. "Kamu tahu tak apa keburukan rokok?". Shafiq mengeluarkan sebatang rokok dan menyalakannya. "Lebih baik aku mati daripada hidup dalam keluarga tak guna tu". Malik menanya Shafiq tentang keluarga Shafiq. "Engkau apahal? Tak payah nak sibuk nak tahu pasal hidup aku lah. Kau tu cikgu, kau tak tahu apa-apa. Kau pernah ke ada mak yang sibuk dengan Aktiviti Datin-Datin, bapa yang banyak simpan betina?". Malik terdiam.

Malik merampas rokok yang dihisap oleh Shafiq tadi. Dia memadamkannya. "Hoi, kau nak cari gaduh ke?", kata Shafiq. "Shafiq, kamu tahu tak yang cikgu pernah menjadi pelajar seperti kamu? Walaupun keluarga cikgu hidup tak sesenang keluarga kamu, cikgu juga diuji oleh tuhan. Dalam hidup ini, tiada seorang pun yang terlepas dari ujian-Nya". kata Malik sambil mengambil kotak roko dihadapan Shafiq.

Namun, hujah Malik dibalas dengan kata makian daripada Shafiq. Malik tahu yang Shafiq hanyalah mangsa keadaan ibu bapa yang tak bertanggungjawab. Malik menceritakan tentang kisah silamnya sebagai seorang pelajar. Tentang bagaimana dia belajar, bagaimana dia makan. Di hati kecil Shafiq, dia tersentuh mendengar semua itu. Tetapi Shafiq membuat muka tidak ambil kisah.

"Bagilah balik aku punya rokok tu", Shafiq meminta dengan nada biasa. "Bukannya aku mati esok pun, lambat lagi." , kata Shafiq. Malik memberi kotak rokok itu kepada Shafiq. "Shafiq, kita tidak tahu bila kita akan mati. Jadi, kita haruslah sentiasa bersedia dengan melakukan banyak amal ibadat. Mungkin sekarang kita sihat, siapa tahu sebentar lagi kita akan mati? Allah yang merancang, kita yang berusaha." , kata Malik.

Malik bangun dan membayar air yang diminumnya tadi. Shafiq terus berjalan ke arah motorsikal cikgunya. Mereka beredar dari situ. Malik berhenti di lampu isyarat. Tiada seorang diantara mereka bercakap. Sesudah sahaja lampu hijau menyala, Malik mula bergerak perlahan-lahan. Tiba-tiba Shafiq merasakan keadaan sekelilingnya gelap. Dia seperti berada di dunia lain. Khayalannya dikejutkan dengan bunyi yang sangat kuat.

Mereka dilanggar oleh lori kayu balak yang datang dari arah bertentangan. Shafiq masih bingung sambil mencari Malik. Orang ramai yang berada di sekeliling tempat itu segera berlari untuk membantu. Pencarian Shafiq tamat setelah dia ternampak Malik berada di bawah lori kayu balak itu. Shafiq berasa bersalah.

Dengan pantas dia berlari kearah cikgunya. Kepala Malik terpisah dari badannya. Shafiq menangis dan cuba untuk menyedarkan Malik. Siapa yang mampu bernafas lagi jika berada dalam keadaan Malik sekarang. Baju Shafiq dipenuhi dengan darah dan seluarnya koyak sedikit. Shafiq berasa hairan, mengapa dia boleh terselamat dalam kemalangan itu. Jarak antara tempat Shafiq jatuh dengan tempat kemalangan agak jauh.

Shafiq berfikir secara rasional. "Rupanya Allah masih memberi peluang untuk aku bertaubat" , fikir Shafiq. Shafiq tidak sempat meminta maaf kepada Malik. Shafiq sangat bersyukur dan dia sangat menyesal atas perbuatannya selama ini. Dia berasa bersalah terhadap cikgu Malik.

Kedengaran bunyi siren ambulan dari jauh. Orang ramai memberi laluan kepada pihak hospital. Ambulan itu membawa mayat Malik pergi. Shafiq tidak terkata. Akhirnya, seorang pakcik mempelawa Shafiq untuk menghantar Shafiq pulang.

"Itulah satu kenangan yang tidak akan saya lupakan". Shafiq berjaya menjadi cikgu setelah tamat diploma. Dia masih tidak dapat melupakan wajah, kata-kata dan nasihat cikgu Malik. Shafiq berjaya kerana cikgu Malik. Tetapi, seperti ada sesuatu yang belum memuaskan hatinya. "Bangun semua, terima kasih cikgu Shafiq", salah seorang daripada pelajar itu berkata. Shafiq terfikir, "Oh ya. Terima kasih, cikgu."




-Weirdo-

Monday, October 3, 2011

Apple Merah

Perasaan Ganjil Itu Lebih Bermakna Dari Apple Merah.
Perasaan Ganjil Itu Lebih Berguna Dari Apple Merah.

Perasaan Ganjil Itu Tidak Lengkap Tanpa Mereka.
Perasaan Ganjil Itu Masih Tidak Lenyap Dari Minda.

Apple Merah Itu Tidak Dapat Dibandingkan Dengan Perasaan Ganjil Itu.
Apple Merah Itu Bukan Setakat Untuk Digunakan Semasa Buntu.

Ingat Lah Aku,
Ingat Lah Apple Itu,
Rasa Lah Perasaan Ganjil Itu,
Baru Kita Sama-Sama Tahu.

Sekali Rasa,
Jangan Lepaskan,
Sekali Cuba,
Jaga Dengan Sempurna.

Perasaan Ganjil Itu,
Lebih Bermakna Dari Segalanya.



-Weirdo-